Sajat Naik Marah, Nafi Dakwaan Meninggal Dunia – “Itu Fitnah Paling Jahat!”

Usahawan dan personaliti media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman menafikan dakwaan palsu yang mengatakan dirinya sudah meninggal dunia.
Sajat menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dakwaan tersebut merupakan fitnah paling jahat yang pernah dilaluinya.
“Saya masih hidup ya. Sihat, bekerja, dan berada di Australia.
“Berita kata saya meninggal di London tu fitnah paling jahat. Jangan jadikan dosa sebagai content. Padam sekarang!.
“Elok kau yang mam***, bukan aku. Kau memang setiap kali aku jarang live, kau tulis aku meninggal, memang bar** kau ni,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada juga yang meluahkan rasa lucu ketika mendengar celoteh atau audio Sajat memarahi pemfitnah itu
Untuk info, Sajat kini menetap di Australia selepas berhijrah beberapa tahun lalu.
Walaupun jauh, pengikutnya di Malaysia masih mengikuti perkembangan terkininya dan sentiasa memberi sokongan moral.

