”Saya Terkejut!” – Farahdhiya Beri Respon Lepas Tengok Adegan Drama ‘Madu Atau Racun’

Farahdhiya terkejut dengan babak sensitif dalam drama Madu Atau Racun dan persoal bagaimana adegan tersebut boleh lulus tayangan.

Pelakon, Farahdhiya mengakui terkejut selepas mengetahui drama Madu Atau Racun mencetuskan kontroversi susulan beberapa babak sensitif yang ditayangkan kepada umum.

Menurut laporan Kosmo, Farahdhiya berkata dia sebenarnya tidak pernah menonton drama berkenaan dan hanya mengetahui mengenai kontroversi itu selepas ia tular di media sosial.

Dalam pada itu, Farahdhiya turut meminta orang ramai supaya tidak mempertahankan perkara yang dianggap salah dan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *